KPT tak halang sesiapa masuk, sertai program universiti - Utusan Malaysia

KPT tak halang sesiapa masuk, sertai program universiti

MOHAMED KHALED NORDIN (tengah) ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menghalang sesiapa termasuk ahli politik daripada memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, pihak yang mahu mengadakan program di dalam IPTA perlu mengadakan perbincangan dengan pengurusan universiti berkenaan terlebih dahulu.

“Mungkin ada ‘breakdown’ dalam komunikasi. Jadi, dalam hal ini kita memang berharap agar kedua-dua pihak dapat berjumpa dan mengaturkan semula program agar dapat dibuat sekali lagi,” katanya diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa beliau dilarang memasuki kawasan kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bagi menghadiri sesi dialog.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.

Kelmarin, Syed Saddiq yang Ahli Parlimen Muar dilaporkan meluahkan kekesalannya kerana dihalang sedangkan hanya mahu mendengar suara penuntut universiti selain membincangkan beberapa isu berkaitan dengan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.