KPDN jamin tiada kenaikan harga menjelang Syawal

KPDN jamin tiada kenaikan harga menjelang Syawal

SALAHUDDIN Ayub (dua kanan) selepas turun padang meninjau Bazar Ramadan Rahmah di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan tiada kenaikan harga akan berlaku menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan segera sebaik sahaja menerima laporan berkait dengan kenaikan harga barangan di pasaran.

“Jika berlaku kenaikan, pengguna boleh membuat laporan secara spesifik berkait dengan barangan tersebut. Sebagai contoh ikan, perlu nyatakan jenisnya…kalau ikan kembung jenis premium kita tidak kawal. Hanya kembung bersaiz sedang sahaja kita kawal pada harga RM15 hingga RM16 satu kilogram.

“Untuk makluman setiap hari anggota penguat kuasa KPDN akan melakukan pemantauan bagi memastikan harga kekal stabil bagi memberikan kegembiraan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau Bazar Ramadan Rahmah di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Salahuddin memberitahu, KPDN mahu rakyat membuat pilihan bijak dengan menyemak Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa sebelum melakukan pembelian.

Katanya, pada masa sama rakyat diingatkan supaya tidak membuat pembelian panik menjelang  Aidilfitri kerana bekalan bahan mentah mencukupi di pasaran.

“Bekalan ayam, telur dan sayur-sayuran berapa dibawa harga kawalan hasil pemantauan yang dilakukan oleh saya selama dua hari.

“Saya dapati semua harga sayur turun kecuali tomato yang dijual pada harga RM5 sekilogram, bagaimanapun ia tidak akan mencecah RM10. KPDN akan membuat kawalan kerana bimbang cuaca hujan di Cameron Highlands akan menjejaskan harga tomato,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya