KOTA BHARU: Orang ramai di bandar ini mula sibuk membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidilfitri menyebabkan beberapa kawasan membeli-belah mengalami kesesakan luar biasa. Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Malam Jalan Parit Dalam, Wakaf Che Yeh dan beberapa kompleks beli-belah di sini mendapati orang ramai membanjiri kawasan tersebut seawal 8 malam untuk membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri. Jumlah pengunjung terus meningkat selepas pukul 9 malam apatah lagi ketika itu ada peniaga membuat jualan lelongan untuk memikat pelanggan. Malah, golongan perantau turut mengambil kesempatan membuat persiapan saat akhir membeli-belah di pasar malam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya