Kaunter di BSI, KSAB beroperasi sepenuhnya, kurangkan kesesakan - Utusan Malaysia

Kaunter di BSI, KSAB beroperasi sepenuhnya, kurangkan kesesakan

Mohamad Fazli Mohamad Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan memastikan semua kaunter di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Lebuhraya LinKedua, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri beroperasi sepenuhnya bagi melancarkan urusan orang ramai menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pihaknya turut merancang untuk menambah bilangan bas ke Singapura bagi memudahkan pengembara masuk ke negeri ini.  

“Setiap kali tiba musim perayaan, kita jangkakan kesesakan luar biasa di KSAB dan BSI. Justeru, kita akan memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi isu ini ketika mengadakan mesyuarat koordinasi membabitkan pelbagai agensi berkaitan.

“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15 ) lalu mesyuarat koordinasi yang sama turut diadakan,” katanya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, penggunaan lorong-lorong khas juga akan diteliti dalam mesyuarat koordinasi berkenaan.

Katanya, isu kesesakan di pintu sempadan antarabangsa itu perlu ditangani secara tuntas melibatkan kedua-dua hala laluan keluar dan masuk ke Johor.

“Jumlah pengawal keselamatan dan anggota Rela yang akan bertugas bagi memastikan kelancaran trafik membabitkan laluan KSAB dan BSI juga antara yang akan dibincangkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya