Isu Najib dikhuatiri alih sokongan rakyat

Isu Najib dikhuatiri alih sokongan rakyat

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikhuatiri ditolak rakyat jika usaha pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sokongan terhadap PH dan PKR akan terhakis, seterusnya ditolak oleh rakyat khususnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selepas ini.

“Imej baik kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim setakat ini akan tercalar dan tercemar dengan isu pengampunan Najib dan penangguhan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Gabungan politik PH dan PKR akan ditolak rakyat sete­rusnya dinyahkan dalam pilihan raya akan datang. Kesudahannya, PH dan PKR akan rebah dan tersungkur bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO sekiranya perkara itu berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor turut memberitahu, Najib memohon dibebas daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta menerusi pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

“Ahmad Zahid pula memohon 47 pertuduhan kes rasuah, salah guna kuasa dan pelupusan wang haram digugurkan oleh Peguam Negara. Representasi telah difailkan kepada Jabatan Peguam Negara oleh peguam beliau.

“Daripada prosiding permo­honan penangguhan di Mah­kamah Tinggi Kuala Lumpur jelas menunjukkan pihak pendakwaan berjalan seiring dan senada dengan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi alasan tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan kes Ahmad Zahid.

“Sekiranya PH dan PKR ditolak rakyat akibat perkara ini, jangan kata saya tak ingatkan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×