HUSM terima zakat peralatan perubatan RM798,990

HUSM terima zakat peralatan perubatan RM798,990

Shaharum Shamsuddin (tengah) bergambar bersama  Dr. Ahmad Basri Ibrahim (tiga dari kiri) dan Noor Ain Mohd. Amin (dua dari kanan) pada Majlis Sumbangan Dana Zakat oleh PNB dan BPMB di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan semalam.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, menerima zakat peralatan perubatan dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bernilai RM798,990 bagi merawat pesakit daripada golongan asnaf serta kurang berkemampuan (B-40).

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, sumbangan dari PNB melibatkan alat Ultrasonic Cement Extractor bernilai RM300,000.

Menurutnya, BPMB pula membuat pembelian peralatan melibatkan pesakit otopedik berjumlah RM498,990 untuk kegunaan kedua-dua golongan itu.

“Sumbangan zakat peralatan amat membantu dalam perawatan pesakit, selain dapat mengurangkan kos atau perbelanjaan sepanjang berada di hospital.

“Seperti sedia maklum kebanyakan pesakit di Kelantan tergolong dalam kategori B40 dan miskin tegar ketika mendapat rawatan di HUSM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Dana  Zakat oleh PNB dan BPMB di HUSM di semalam.

Hadir sama Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan BPMB, Noor Ain Mohd. Amin dan Ketua Pengurusan Syariah PNB, Dr. Ahmad Basri Ibrahim

Dr. Shaharum memberitahu,  sumbangan zakat berfokus kepada keperluan pesakit golongan asnaf dan B40 dapat membantu meringankan beban mereka yang hadapi terutama masalah kewangan semasa mendapatkan rawatan. 

Katanya, sumbangan dana zakat itu merangkumi peralatan yang diguna pakai secara bersama dalam meningkatkan mutu rawatan pesakit di HUSM seperti Ultrasonic Cement Removal System, Portable Ultrasound dan Limb  Reconstruction System untuk pembedahan korektif rekonstruktif kanak-kanak yang cacat anggota.

“Sumbangan turut diberikan secara kegunaan pakai tetap atau pakai buang kepada pesakit seperti kimopat (Chemo pot) dan set penjagaan luka terkini dan pam pencegahan pembekuan darah.

“Sumbangan zakat ini juga diharap menjadi contoh untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat dan impak besar kepada masyarakat khususnya rakyat di Kelantan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya