Henti sebar video pasangan atau dikenakan tindakan - Nie Ching - Utusan Malaysia

Henti sebar video pasangan atau dikenakan tindakan – Nie Ching

TEO NIE CHING (tengah) merasmikan program Komunikasi Tindakan Setempat (Komtis) di Balai Raya Felda Bukit Batu, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Orang ramai diminta menghentikan penyebaran rakaman video pasangan yang melakukan aksi jelik kerana perbuatan itu merupakan kesalahan.

TImbalan Menteri  Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menyiasat penyebaran video pasangan yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyifatkan video itu sebagai bahan lucah, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Di bawah Seksyen 233, sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti memuat naik kandungan lucah, peras ugut atau kandungan dengan niat untuk menyinggung perasaan orang lain adalah satu kesalahan.

“Jadi, mana-mana individu yang memuat naik kandungan seperti itu dalam media sosial boleh disiasat dan didakwa mengikut seksyen ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Komunikasi

Tindakan Setempat (Komtis) di Balai Raya Felda Bukit Batu, di sini.

Khamis lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun dan remaja berusia 17 tahun ditahan kerana melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kenderaan di Taman Kota Masai, di sini.

Video yang merakam aksi pasangan itu tular dalam media sosial setelah dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan pasangan itu yang ditahan reman selama dua hari kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse turut berharap individu yang memuat naik kandungan tidak senonoh itu turut dikenakan tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN