Guan Eng dapat laporan forensik WhatsApp - Utusan Malaysia

Guan Eng dapat laporan forensik WhatsApp

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berjaya mendapatkan laporan forensik perbualan WhatsApp antara dua ahli perniagaan berhubung isu wang RM2 juta yang ditimbulkan dalam perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azura Alwi ketika memutuskan demikian turut me­ngarahkan pihak pendakwaaan menyerahkan laporan forensik itu kepada pihak pembelaan dalam tempoh dua minggu dan menetapkan kes disebut pada 10 Mei ini.

Laporan forensik itu me­ngandungi perbualan WhatsApp antara Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dan G. Gnanaraja yang didedahkan melalui keterangan pegawai penyiasat forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Pe­nguasa Wan Mohd. Firdaus Wan Yusof.

Ketika membacakan keputusan itu, Azura berpuas hati wujud dua versi keterangan berbeza di Mahkamah Shah Alam dan di ibu negara berkenaan tujuan penyerahan wang RM2 juta dan kepada siapa ia diserahkan melibatkan baucar pembayaran dan cek.

Menurut Azura, nota prosiding dan pernyataan bertulis saksi-saksi dalam kes di Shah Alam yang dikemukakan sebagai eksibit dalam kes di sini menunjukkan wang RM2 juta dikeluarkan melalui baucar pembayaran dan cek Public Bank dan dikatakan diserahkan kepada Gnanaraja.

Kata hakim itu, dalam kes di ibu negara, keterangan juga menunjukkan baucar pembayaran dan cek yang sama dikemukakan dan telah ditandakan sebagai eksibit P140 dan P141 namun wang RM2 juta itu dikatakan diserahkan kepada Guan Eng.

Azura menjelaskan, kete­­­r­a­­ngan juga menunjukkan terdapat perbincangan berkenaan wang tersebut melalui perbualan Whats­App antara Zarul Ahmad iaitu Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) dan Ganarajah manakala laporan analisis digital forensik kemudian disediakan oleh pihak SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN