[VIDEO] FAMA capai sasaran Jualan Khas Syawal Madani - Utusan Malaysia

[VIDEO] FAMA capai sasaran Jualan Khas Syawal Madani

MOHAMAD Taufek Abdul Ghani (kanan) dan Abdul Rashid (tengah) melapah daging lembu pada sebagai simbolik perasmian Program Jualan Khas Mantai Syawal Madani dan Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin 2023 di Pasar Tani Kekal, Paroi, Seremban hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencapai nilai jualan yang disasarkan menerusi Program Jualan Khas Syawal Madani yang diadakan sejak 15 April lalu dan berakhir hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, nilai jualan bagi program berkenaan telah mencapai sebanyak RM14 juta berbanding RM13 juta yang disasarkan sebelum ini.

“Nilai jualan Program Jualan Khas Syawal Madani ini telah mencapai sebanyak RM14 juta. Ia melebihi sasaran awal iaitu RM13 juta sebelum ini yang melibatkan 113 lokasi di seluruh negara.

“FAMA melihat peningkatan jualan adalah sebanyak 10 hingga 20 peratus dalam program ini. Antara faktornya berkemungkinan keadaan ekonomi yang semakin baik dan pendapatan orang ramai yang bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Program Jualan Khas Mantai Syawal Madani dan Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin 2023 di Pasar Tani Kekal, Paroi di sini hari ini.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abdul Ghani dan turut dihadiri oleh Pengarah FAMA negeri, Shahlan Kusaseh.

Abdul Rashid dalam pada itu berkata, seramai 500 orang usahawan telah mendapat manfaat melalui Program Jualan Khas Syawal Madani iaitu menerusi penyediaan ruang pasaran. 

“Program jualan ini bertujuan memberikan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri dengan penjimatan pembelian iaitu terus dari pengeluar,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya