ALOR SETAR: Menyesali perbuatan yang dilakukan sehingga terpaksa meringkuk dalam penjara tidak memadam keinginan seorang banduan untuk bersalaman dengan ibu bapanya untuk memohon kemaafan di pagi raya. Wanita yang dikenali sebagai Nur, 26, itu dijatuhi hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh bayi yang baru dilahirkannya, enam tahun lalu. Dia kini dalam proses rayuan terhadap hukuman tersebut yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, sebelum…