Azlan Man didakwa  di Mahkamah Sesyen Kangar esok - Utusan Malaysia

Azlan Man didakwa  di Mahkamah Sesyen Kangar esok

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dijangka  dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini esok bagi berdepan pertuduhan di bawah Akta 18 SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nota jemputan kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas Menteri Besar.

Mengikut nota tersebut, bekas Menteri Besar dibawa ke Mahkamah Sesyen pada pukul 8.30 pagi.

“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas Menteri Besar pada ketetapan tersebut iaitu pada Isnin, 10 April di Mahkamah Sesyen pada pukul 8.30 pagi,” menurut jemputan k SPRM kepada media.

Sementara itu, sumber SPRM berkata, Azlan akan didakwa mengikut 18 Akta SPRM iaitu kesalahan dipercayai membabitkan tuntutan palsu.

Sumber juga memberitahu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu juga akan berdepan kes pengubahan wang haram  pada Rabu ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),  Azlan  tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.

Malah terbaharu, Azlan juga tewas pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan UMNO baru-baru ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN