KOTA KINABALU: Pendedahan siasatan tragedi Double Six yang mengorbankan 11 orang termasuk Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens mesti disertakan bersama laporan yang dilakukan pihak Australia tentang punca di sebalik nahas udara terbabit. Ia penting bagi merungkai persoalan dan mengetahui sebab pesawat Nomad 9M-ATZ buatan Australia yang dinaiki Fuad dan beberapa orang kenamaan itu terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 6 Jun 1976. Bercakap kepada Utusan Malaysia,…