350 sertai khatam al-Quran anjuran ARG - Utusan Malaysia

350 sertai khatam al-Quran anjuran ARG

SEBAHAGIAN peserta membaca al-Quran pada Majlis Tilawah dan Tadabbur di Masjid Jamek Tun Hussien Onn, Larkin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 350 orang menyertai Majlis Khatam dan Tadabbur al-Quran anjuran Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) yang diadakan di Masjid Jamek Tun Hussein Onn, Larkin, di sini.

Ketua Urus Setia program tersebut, Sina Idris, 58, berkata, majlis yang disertai golongan berusia antara 12 hingga 78 tahun yang majoritinya wanita merupakan program tahunan anjuran ARG yang bertujuan untuk membudayakan amalan membaca al-Quran, khususnya pada bulan Ramadan.

“Ini merupakan tahun kelima program seperti ini dijalankan bermula 1 Ramadan hingga 21 Ramadan. Peserta akan memulakan bacaan al-Quran secara bersama-sama dengan berpandukan tunjuk ajar daripada ustaz bertauliah.

“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat. Program ini berlangsung mulai  pukul 8.30 hingga 11.30 pagi dan dibahagikan dengan beberapa sesi termasuk tilawah dan tadabbur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang peserta, Syarul Izam Sarifudin, 49, berkata, tahun ini merupakan tahun keempat dia mengikuti program khatam dan tadabbur al-Quran anjuran ARG itu.

“Program seperti ini membantu kita untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan harian dengan proses bacaan dan khatam al-Quran itu dilakukan secara berpandu,” katanya yang merupakan pekerja swasta di Iskandar Puteri.

Sementara itu, Pengurus ARG, Zulkarnain Azham, 37, memberitahu, sejak mula beroperasi pada 2015, pihaknya telah mengeluarkan 52 judul buku berkenaan akidah, fiqah dan tasawuf. 

“Alhamdulillah, buku tersebut turut diterjemah daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya