YGMB sumbang keperluan asas, persekolahan kepada mangsa banjir - Utusan Malaysia

YGMB sumbang keperluan asas, persekolahan kepada mangsa banjir

AMINUDIN ADAM (kiri) menyerahkan sumbangan YGMB sambil disaksikan Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek untuk disampaikan kepada mangsa banjir di PPS SK Seri Bali, Chaah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyumbangkan keperluan asas dan persekolahan bernilai RM20,000 kepada keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, Chaah, di sini.

Pengerusinya, Aminudin Adam berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk memberi bantuan segera dengan menghantar sumbangan berbentuk barangan keperluan asas termasuk makanan kepada mangsa banjir di PPS tersebut.

“Ekoran bencana banjir yang menimpa negeri Johor, kami turut berasa terkesan apabila lebih 40,000 mangsa banjir terlibat.

“Keutamaan misi bantuan dari pihak YGMB ini untuk meringankan beban guru-guru dan keluarga yang terlibat di dalam kejadian banjir di kawasan ini.

“Bantuan ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) YGMB dalam usaha memelihara kebajikan warga pendidik,” katanya ketika ditemui di SK Seri Bali, hari ini.

Bantuan bencana banjir itu disampaikan oleh Aminudin kepada Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek untuk diserahkan kepada keluarga terlibat dengan banjir yang dipindahkan ke PPS tersebut.

Antara barangan keperluan asas yang disumbangkan ialah tepung, gula, kopi, sardin, kicap, susu, biskut, lampin pakai buang bayi dan dewasa, tuala wanita, ubat gigi, minyak masak, sos tomato dan cili, alat tulis, beg sekolah, pakai sekolah dan kasut.

Sebanyak lima buah kenderaan pacuan empat roda berserta kenderaan YGMB digunakan untuk membawa barangan berkenaan dari Pejabat YGMB di Kuala Lumpur ke PPS tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.