Warga emas maut motosikal bertembung dengan lori

Warga emas maut motosikal bertembung dengan lori

KEADAAN motosikal jenis Honda EX5 milik warga emas yang terbakar selepas terlibat kemalangan di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori sebelum terbakar di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, mangsa Mat Lojing Awang, 73, yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan peneroka sawit dalam perjalanan dari arah jalan Kuala Krai menghala Gua Musang.

“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai telah membelok ke kanan untuk masuk memasuki simpang. Kemudiannya motosikal mangsa yang ditungganginya bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa telah terjatuh dan motosikalnya kemudian terseret ke bahu jalan. Situasi itu menyebabkan motosikal tersebut terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Choon Foo memberitahu, pemandu lori yang terlibat berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya