Ular sawa 'gergasi' ditangkap di sawah padi - Utusan Malaysia

Ular sawa ‘gergasi’ ditangkap di sawah padi

Ular sawa
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa itu di Parit 10 Ban Kanal, Sekinchan, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kebimbangan penduduk Parit Panjang, Sekinchan di sini, mengenai ancaman haiwan ternakan mereka terlerai apabila seekor ular sawa ‘gergasi’ berjaya ditangkap pihak berkuasa malam tadi.

Reptilia sepanjang tujuh meter itu ditemui orang awam di kawasan sawah padi di Parit 10 Ban Kanal.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.38 malam.

“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu berada berdekatan sebuah rumah penduduk di sawah padi tersebut. Anggota kita kemudian menangkap reptilia itu menggunakan alat pengepit dan penjerut khas,” katanya, hari ini.

Tambah Morni, ular itu berjaya ditangkap pihaknya dalam tempoh 20 minit.

“Operasi itu berjalan lancar dan ular berkenaan kemudian dilepaskan ke habitat asal di hutan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.