Tiada ceramah politik di dalam masjid di Negeri Sembilan sejak 2018 - Utusan Malaysia

Tiada ceramah politik di dalam masjid di Negeri Sembilan sejak 2018

AMINUDDIN HARUN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada ceramah politik dibenarkan di dalam masjid di negeri ini dan peraturan itu telah pun dilaksanakan sejak 2018. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peraturan itu turut meliputi ahli-ahli politik dari parti yang memerintah.

Sebelum ini, katanya, ada ahli politik dari parti pemerintah yang menyampaikan bacaan khutbah tetapi telah berhenti berbuat demikian untuk menghormati peraturan tersebut.

“Kita bukan sekat tetapi tidak mahu ada ceramah politik dalam masjid. Kita tidak mahu merosakkan institusi masjid dan agama Islam itu sendiri kesan daripada ceramah politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas teguran institusi istana antaranya Sultan Selangor dan Sultan Terengganu yang melarang masjid dan surau dijadikan platform untuk ceramah politik.

Aminuddin berkata, sejak 2018, semua pihak akur dan patuh kepada peraturan yang melarang masjid digunakan untuk ceramah politik. 

Tegasnya, pihak yang mahu mengadakan ceramah politik masih boleh berbuat demikian dengan mengadakan ceramah umum di luar institusi masjid.

“Ceramah umum di luar masjid tidak akan menimbulkan isu malah lebih sesuai dan selesa untuk ahli-ahli politik menyampaikan pendapat mereka,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya