Tanah sawah di Kelantan masih berbaki 26,833 hektar

Tanah sawah di Kelantan masih berbaki 26, 833 hektar

PENGHASILAN padi adalah antara pengeluaran makanan negara yang menurun saban tahun berikutan beberapa faktor termasuk isu benih dan baja yang tidak berkesudahan, memerlukan kerajaan menilai semula polisi pertanian negara yang sudah lapuk dan digantikan dengan polisi baharu yang lebih terbuka dan berdaya maju.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menegaskan kawasan tanaman padi di negeri ini masih lagi berbaki sebanyak 26,833 hektar berban­ding 37,760 hektar ketika agensi ber­ke­naan mula ditubuhkan pada 1972. 

Pengurangan jumlah kawasan tanaman padi sebanyak 29 peratus bersamaan 10,072 hektar itu ekoran tanah tersebut ditukar status bagi tujuan pembangunan untuk penduduk di negeri ini.

Menurut rekod Kada,  kekurangan itu berpunca daripada beberapa faktor iaitu akibat pembinaan jalan raya,landasan kereta api, perumahan, bandar dan lain-lain.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besar Kada, Mohd. Faizul Mustafa berkata, faktor pembangunan tidak dapat dinafikan kerana ia merupakan sebahagian daripada keperluan utama masyarakat.

Menurutnya, langkah itu selari dengan arus permodenan dunia hari ini yang perlu dikecapi oleh penduduk hasil kemakmuran negara.

“Bagi me­ngatasi masalah tersebut, Kada merangka satu kertas cada­ngan untuk dibentangkan kepada kerajaan negeri dan fokus Kada ketika ini ialah kepada pembangunan kawasan sawah yang terbiar.

“Langkah ini bagi memboleh­kan keseluruhan kawasan itu dimajukan dengan tanaman padi bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Faizul memberitahu, dengan baki keluasan sawah yang ada, purata penghasilan padi di bawah selian Kada susut 3.7 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2017.

Katanya, purata pengeluaran padi di kawasan Kada antara 4.0 hingga 4.5 metrik tan untuk keluasan satu hektar.

“Hasil padi di negeri ini turut merosot di­sebabkan beberapa faktor se­perti air Sungai Kelantan cetek dan berlumpur.

“Setiap kali musim kemarau pam milik agensi itu gagal berfungsi dengan baik disebabkan paras air sungai yang cetek. Merumitkan lagi apabila kualiti air yang berlumpur turut memberikan kesan sekali gus mengganggu kerja-kerja penanaman padi oleh petani,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Faizul berkata, infrastruktur tali air yang sudah lama dan melebihi 40 tahun serta kurang sempurna turut menjejaskan hasil pengeluaran

“Perubahan cuaca semasa padi berusia 75-85 hari turut memberikan kesan kepada ha­sil tanaman,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya