Tak perlu buka aib, selesai cara baik – Siti Saleha - Utusan Malaysia

Tak perlu buka aib, selesai cara baik – Siti Saleha

Siti Saleha
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha berpendapat media sosial tidak seharusnya menjadi medan untuk pasangan membuka aib terutama ketika berdepan dengan kemelut rumah tangga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Siti Saleha berkata, sebolehnya kemelut tersebut boleh dileraikan dengan baik tanpa perlu menjatuhkan nama baik mana-mana pihak.

“Saya seorang yang cukup menjaga isu-isu peribadi. Saya ketika itu juga mahukan penyelesaian yang cepat, tenang tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

“Alhamdulillah, proses itu berjalan lancar tanpa ada susulan isu berbangkit. Bagi saya, tak perlu buka aib pasangan. Media sosial bukan jalan keluar.

“Kalau boleh, selesaikan dengan baik tanpa memalukan sesiapa. Tetapi kita hanya mampu merancang, kadang-kadang berlaku situasi yang tidak kita mahu,” ceritanya.

Terdahulu, Siti Saleha bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, selepas bertahan selama empat tahun pada 17 Januari 2022.

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaimu itu juga bersyukur menerima sokongan terus menerus daripada keluarga dan orang terdekat.

“Mungkin ketika itu saya ada mereka yang kuat memberi sokongan. Saya cuma memberitahu hal-hal peribadi kepada mereka yang saya percaya.

“Saya fikir, mungkin ada segelintir selebriti yang mahu didengar. Mereka memilih sosial media sebagai platform un­tuk meluahkan kesedihan.

“Mungkin juga mereka tidak ada sistem sokongan yang kuat sehingga terpaksa memilih media sosial sebagai jalan akhir,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN