Tahniah pimpinan sayap UMNO yang menang, pertahan jawatan - Utusan Malaysia

Tahniah pimpinan sayap UMNO yang menang, pertahan jawatan

SHAHANIZA SHAMSUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Calon jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap, Pemuda, Wanita dan Puteri yang dipilih memegang jawatan masing-masing pada pemilihan parti itu, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Maran itu berharap semua pemimpin yang memenangi jawatan itu dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

“Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada sayap-sayap UMNO dan semua pemimpin yang dipilih untuk memegang jawatan.

“Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya demi menyumbang khidmat dan keupayaan supaya parti keramat UMNO bangkit kembali,” katanya dalam kenyataan di sini.

Shahaniza berkata, calon sayap yang kalah diharap terus setia bersama parti keramat ini kerana kesetiaan merupakan kunci kekuatan UMNO dulu, kini dan selamanya.

“Ingatlah bahawa, tertubuhnya UMNO menjadi wadah perjuangan sejati buat semua anak Melayu tanpa mengira darjat dan harta,” katanya.

Beliau turut memohon restu, doa dan sokongan semua rakan seperjuangan untuk memberikannya calon MKT nombor 50 satu ruang daripada 25 yang perlu dipilih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya