Suria dan Indah pujuk Dee Subong pindah ke habitat asal

Suria dan Indah pujuk Dee Subong pindah ke habitat asal

DEE Subong (tengah) berjaya dinaikkan ke atas lori selepas dipujuk oleh Suria dan Indah di Kampung Subong, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Indah untuk memunjuk dan memindahkan seekor gajah jantan liar di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini hari ini.

Gajah jantan yang diberi nama Dee Subong itu ditangkap oleh Perhilitan pada pukul 9 pagi, Khamis lalu di kawasan kebun penduduk di Jalan Subong.

Ketua Operasi Translokasi Gajah Liar RPT Sungai Terah, Jimmy Anak Unau berkata, seramai 24 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi memindahkan gajah seberat 2.5 tan berkenaan.

“Gajah tersebut  dipercayai berasal dari hutan simpan berhampiran iaitu Hutan Simpan Nenggiri.

“Operasi pemindahan gajah itu bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 3 petang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, lebih 300 pekebun di Jalan Subong, RPT Kesedar Sungai Terah di sini akhirnya menarik nafas lega apabila seekor gajah jantan liar yang mengganggu tanaman mereka lebih sebulan lalu telah berjaya ditangkap.

Zahari Daud, 53, berkata, ini merupakan kali ketiga gajah liar dipindahkan selepas mengganggu kebun penduduk di kawasan itu dalam tempoh empat tahun.

Katanya, sejak tempoh berkenaan banyak kerugian ditanggung pekebun kerana kebun musnah.

“Kami bersyukur akhirnya masalah dan kerugian yang dialami kami ini selesai. Kami berterima kasih kepada pihak Perhilitan kerana berusaha untuk menjejak dan seterusnya menangkap gajah liar terbabit untuk dilepaskan ke habitat yang sesuai,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.