Seramai 263 mangsa banjir masih huni 4 PPS di Johor - Utusan Malaysia

Seramai 263 mangsa banjir masih huni 4 PPS di Johor

SUKARELAWAN daripada Southern Volunteers membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di Batu Pahat. GAMBAR/SOUTHERN VOLUNTEERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini hampir pulih apabila hanya tinggal 263 mangsa daripada 64 keluarga masih menghuni  empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat, setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding seramai 343 mangsa yang direkodkan pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, empat PPS yang masih beroperasi ialah PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Dewan Orang Ramai Yong Peng, Sekolah Agama Seri Chomel dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada daerah dalam negeri ini yang menunjukkan sebarang tanda amaran ribut petir atau hujan lebat berterusan.

Tiada sungai yang menunjukkan kategori paras air berbahaya, manakala tiga jalan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya