Semua pihak bertanggungjawab sekat penyebaran bahan pornografi

Semua pihak bertanggungjawab sekat penyebaran bahan pornografi

AIMAN Athirah Sabu (dua dari kiri ) menyampaikan Anugerah Khas kepada Faridah Mat Isa (dua dari kanan) pada Karnival Hari Wanita Antarabangsa Kelantan (Hawa) 2023 di Tunjong,Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua pihak perlu bertindak tegas bagi menyekat laman web berkaitan bahan pornografi dalam usaha untuk membendung kes jenayah seksual daripada terus meningkat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, masalah tersebut dilihat sukar dibendung sekiranya banyak pengaruh pornografi yang tidak terkawal sekali gus memberi ruang kepada masyarakat untuk terdedah kepada jenayah terbabit.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yakin dan percaya perkara itu sudah diambil serius oleh kerajaan sama ada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jenayah seksual boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh media sosial dan penggunaan internet yang sukar dikawal apabila ia boleh diakses pada bila-bila masa.

“Oleh itu, perkara itu tidak boleh dianggap tanggungjawab KPWKM dan SKMM sahaja, sebaliknya ia perlu tindakan semua pihak untuk mengatasinya daripada terus berleluasa,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Hari Wanita Antarabangsa Kelantan (Hawa) 2023 di Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah memberitahu, KPWKM juga sedang meneliti segala ruang dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.

Katanya, masalah itu perlu ditangani bersama-sama kerana ia turut melibatkan masyarakat sekeliling.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, sebanyak 12,890 kes jenayah termasuk seksual yang melibatkan kanak-kanak dan wanita di negara ini telah direkodkan pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2020 apabila sebanyak 11,092 kes dilaporkan pada tahun tersebut.

Menurutnya, jenayah seksual itu membabitkan kes rogol, cabul, sumbang mahram, cabul kehormatan, gangguan seksual, amang seksual, berkomunikasi seksual dengan kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, buang bayi dan keganasan rumah tangga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya