Saya sedia disiasat SPRM, selamat berjaya Muhyiddin - Zahid Hamidi - Utusan Malaysia

Saya sedia disiasat SPRM, selamat berjaya Muhyiddin – Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Saya sentiasa terbuka, kerana saya pernah disiasat dan sudah pernah dibawa ke mahkamah, jadi saya bersedia pada bila-bila masa sahaja.”

Itu reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedia menyahut cabaran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu (tindakan undang-undang) bukanlah perkara baharu dalam perjuangan politiknya kerana sudah mempunyai pengalaman tersebut.

“Apa yang saya mahu beritahu kepada beliau (Muhyiddin) adalah agar jangan tepuk air di dalam dulang dan jangan meludah ke langit kerana akan terkena diri sendiri.

“Muhyiddin perlu hadapi apa yang perlu dihadapi, saya sudah hadapinya,” katanya diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang mencabar SPRM supaya turut menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid tentang sumber dana politik yang diperoleh mereka dalam menerajui PKR dan UMNO selama ini.

Ahmad Zahid ditemui selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu.

Muhyiddin dilaporkan berkata, gesaan itu bagi memastikan siasatan sumber dana politik dibuat secara adil dan sama rata dan bukan beliau seorang sahaja yang patut didakwa di mahkamah.

“Oleh kerana kedudukan saya sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), saya dilihat sebagai pencabar utama kepada Anwar dan Zahid yang tubuhkan kerajaan. Sebab itu, saya jadi mangsa pendakwaan politik terpilih dan terancang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya