PRN: Pertemuan UMNO-PH NS diadakan selepas perbincangan Pusat - Utusan Malaysia

PRN: Pertemuan UMNO-PH NS diadakan selepas perbincangan Pusat

MUSTAPHA NAGOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu pertemuan di antara pihak UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan akan dilakukan bagi membincangkan kerjasama di antara keduanya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang baharu dilantik, Mustapha Nagoor berkata, pertemuan tersebut akan diadakan selepas keputusan hasil pertemuan dan perbincangan di antara kedua-dua parti dicapai terlebih dahulu di peringkat Pusat.

“Memang akan ada pertemuan, tetapi tunggu pertemuan dan perbincangan terlebih dahulu di Pusat yang melibatkan Presiden-presiden parti dan kami akan sambut dan disusuli di peringkat negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, beliau menambah, selepas selesai proses Pemilihan UMNO baru-baru ini, UMNO Negeri Sembilan juga telah membentuk jawatankuasa baharu di peringkat badan perhubungan negeri yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Mustapha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong berkata, UMNO Negeri Sembilan kini berada dalam keadaan mantap dengan tumpuan diberikan sepenuhnya bagi menguatkan jentera bagi menghadapi PRN.

“Pada bulan puasa ini, Pengerusi akan turun ke bahagian-bahagian terlebih dahulu untuk beramah mesra dengan kepemimpinan di peringkat bahagian.

“Selepas selesai proses itu akan fokus ke Dewan-dewan Undangan Negeri pula untuk bertemu dengan jentera bagi memastikan mereka fokus dan bersedia menghadapi PRN akan datang,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya