Petugas JKM mencukupi, akan ditambah jika perlu - Nancy - Utusan Malaysia

Petugas JKM mencukupi, akan ditambah jika perlu – Nancy

NANCY SHUKRI (dua dari kanan) bertemu dengan petugas JKM di PPS SK Kota Dalam, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri-negeri terjejas banjir mencukupi dan masih mampu melaksanakan tugas dengan baik walaupun banjir berlaku agak luar biasa, khususnya di Johor. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada masa ini tiada tambahan petugas JKM ditempatkan, namun sekiranya ada keperluan, tambahan akan dilakukan.

Menurutnya, setakat ini seramai 415 petugas JKM dan 600 sukarelawan ditempatkan di negeri terjejas banjir di seluruh negara

“Saya nampak (banjir) sudah reda, banjir air termenung. Tetapi jika perlukan petugas tambahan JKM, kota akan usahakan itu sudah menjadi tugas kita untuk membantu.

“Kalau perlu (petugas tambahan) baru JKM tambah kerana kita mempunyai sumber dari negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Mereka pun kena banjir tapi tidak seteruk di Johor,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Dalam ,dekat sini hari ini.

Beliau berkata, petugas JKM juga menyediakan aktiviti bagi penghuni PPS, termasuk aktiviti mewarna untuk kanak-kanak supaya mereka tidak tertekan tinggal di PPS.

“Apa yang berlaku (kekurangan) saya minta maaf, jika ada kelemahan, kita sentiasa bertungkus-lumus dan setakat ini mencukupi, namun sentiasa respons terhadap keperluan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya