Perbanyak aktiviti ‘berjenamakan UMNO’ - Utusan Malaysia

Perbanyak aktiviti ‘berjenamakan UMNO’

AHMAD MASLAN (kiri) mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO Johor perlu kembali menjadi tiang seri parti dengan memastikan kehadirannya dirasainya semula menerusi pelbagai program berjenamakan ‘UMNO’ pada setiap masa.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengemukakan beberapa cadangan pada mesyuarat pertama yang akan diadakan dalam masa terdekat yang bertujuan memperkukuhkan UMNO Johor bagi memberi anjakan baharu untuk memulihkan kembali sokongan rakyat, khususnya orang Melayu dan golongan muda kepada parti itu.

Beliau berkata, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan UMNO berjaya menguasai semula kerusi-kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ada kerusi-kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi oleh UMNO  yang tidak sepatutnya tewas, tetapi kita gagal untuk mempertahankannya seperti Parlimen Mersing,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama UMNO Bahagian Pontian yang kini diketuainya di Dewan UMNO Pontian, di sini.

Dalam mesyuarat Majlis Kerja  Tertinggi (MKT) UMNO pada 22 Mac lalu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pontian pada minggu lalu, Ahmad menewaskan penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Ahmad  yang juga Timbalan Menteri Kewangan bertekad akan menggunakan pengalamannya sebagai Ketua Penerangan, Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk membantu UMNO Johor.

“Setelah berkhidmat di peringkat pusat (UMNO), kini saya kembali ke negeri Johor, bergandingan dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor) untuk mengalas satu tanggungjawab yang besar kepada UMNO Johor,” katanya.

Katanya, program-program bagi mendekati rakyat perlu diperbanyakkan oleh UMNO  sebagai salah cara atau kaedah membantu rakyat yang memerlukan pertolongan

Begitu juga aktiviti-aktiviti yang dapat memberi impak kepada UMNO dengan memantapkan lagi biro-biro sedia ada atau  mewujudkan biro baharu, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.