Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta yang mengalami kerosakan enjin di lorong kecemasan Kilometer 234.4, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara) dekat Rembau, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 234.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi.

Nahas kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Faliq Maula Abd Rahman, 33, dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal skuter jenis Honda ADV 150 dan kereta jenis Proton Iriz yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang. Semasa sampai di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang kereta yang berada di lorong kecemasan.

“Kereta itu mengalami kerosakan enjin, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Hazri lagi, pemandu kereta bersama isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN.

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.