Pengepaman banjir termenung berhasil, mangsa berkurangan - Utusan Malaysia

Pengepaman banjir termenung berhasil, mangsa berkurangan

USAHA mengepam banjir termenung berjaya mempercepatkan proses pemulihan kawasan-kawasan yang dilanda banjir, khususnya di daerah Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)  berkurangan menjadi 17,125 orang daripada 5,907 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, angka itu berkurangan berbanding 19,041 orang daripada 5,424 keluarga yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Katanya, usaha pihak berkuasa mengepam keluar air di kawasan banjir termenung menampakkan hasil setelah beberapa kawasan terjejas pulih sepenuhnya.

“Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan menjadi 17,123 penduduk membabitkan 4,906 keluarga di 69 PPS setakat pagi ini.

“Sementara itu, Segamat hampir pulih sepenuhnya setelah hanya tinggal dua orang daripada sebuah keluarga tinggal di PPS Balai Raya Batu Badak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, perkembangan positif itu turut menyaksikan sungai yang berada di paras bahaya sebelum ini sudah kembali normal.

Lima jalan di daerah Batu Pahat masih belum boleh dilalui oleh kenderaan ringan, iaitu Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung, Jalan Parit Jambi, Jalan Sri Bengkal, Jalan Haji Arif dan Parit Warijo.

Tiga laluan masih ditutup, iaitu jalan di Asrama Pekerja FTPSB Kahang Barat dan Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram akibat cerun runtuh, manakala Jambatan GSA Chamek kerana jambatan rosak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya