Pembahagian kerusi tidak dibincang dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan esok - Utusan Malaysia

Pembahagian kerusi tidak dibincang dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan esok

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2023 di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Soal pembahagian kerusi di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka tidak dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung esok.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan juga berkata, Jawatankuasa Perundingan Kerusi dalam sekretariat itu dijangka tidak akan membentangkan mengenai perkara itu dalam mesyuarat tersebut.

“Bagaimana cara mana kita mahu menghadapi PRN itu nanti akan difikirkan secara sehalusnya untuk kita lihat kerana bukan semua negeri boleh guna pakai strategi yang sama, ada negeri-negeri mengguna pakai strategi pembahagian kerusi secara berlainan.

“Esok belum lagi dibincangkan mengenai pembahagian kerusi, saya pengerusinya, saya tidak akan bentangkan buat masa ini ia akan dibentangkan kemudian.

“Kalau cakap pasal kerusi sekarang memang ia tidak akan jadi, lebih baik tidak tidak membincangkannya sekarang ini, tetapi kita punya strategi lain untuk bersedia terutamanya strategi komunikasi,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2023 di sini hari ini.

Mohamad yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO menambah, mesyuarat sekretariat itu juga dijangka akan membincangkan mengenai manifesto dan janji-janji pilihan raya kedua-dua parti itu yang boleh diambil tindakan bersama.

“Parti masing-masing ada manifesto untuk bagaimana kita gabungkan, 50 peratus manifesto setiap parti itu sama dan perlu diambil tindakan.

“Boleh jadi malam esok (mesyuarat sekretariat) banyak kepada strategi komunikasi dan untuk kita mematuhi dalam menyediakan janji-janji pilihan raya dan manifesto setiap untuk diselaraskan dan dilaksanakan di kementerian yang telah dilantik,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun mengesahkan tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan kerana mempunyai tugas rasmi kerajaan di Turkiye.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.