Pemandu, petugas kantin sesak nafas kereta api terbakar

Pemandu, petugas kantin sesak nafas kereta api terbakar

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran melibatkan kepala kereta api yang terbakar di dekat Tasek Taman Kiara, Tanah Merah, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang pemandu dan petugas kantin mengalami sesak nafas selepas bahagian enjin kereta api yang membawa 396 penumpang terbakar dekat Tasek Taman Kiara di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat menghala ke Johor Bahru.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Penolong Penguasa Bomba Nurul Alfisyahrin Mohd. Zaki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.36 malam.

Menurutnya, seramai 14 anggota dari BBP Tanah Merah dan Machang telah dihantar ke lokasi untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat bersama dua jentera.

“Sejurus tiba di lokasi, bomba mendapati bahagian kepala kereta api yang menempatkan enjin sudah 90 peratus terbakar.

“Semasa kejadian hanya pemandu dan petugas kantin yang mengelami sesak nafas manakala, 396 orang penumpang selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Alfisyahrin memberitahu, kebakaran tersebut dapat dikawal pada pukul 11.00 malam.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.01 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.