Orang Kelantan makan daging sambut Ramadan

Orang Kelantan makan daging sambut Ramadan

SEORANG peniaga sibuk memotong daging untuk pelanggan di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Daging lembu tempatan jadi pilihan utama rakyat negeri untuk dijadikan sebagai hidangan bersahur pada hari pertama Ramadan apabila lebih 200 kilogram (kg) bahan mentah itu licin dalam tempoh kurang tiga jam.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah mendapati rata-rata pengguna lebih ‘ghairah’ membeli daging lembu berbanding ikan dan ayam untuk dijadikan sebagai lauk.

Seorang pengguna Liana Kamarudin, 40, berkata, masakan berasaskan daging menjadi pilihan utama keluarganya pada hari pertama bersahur.

“Menu daging goreng kunyit bersama ulam dan budu merupakan hidangan yang menjadi pembuka selera sewaktu bersahur.

“Untuk anak-anak biasanya, saya akan gulai daging atau daging masak bersama sayur-sayuran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga Asmawi Ismail, 49, berkata, sebanyak 100 kilogram daging lembu miliknya ‘licin’ terjual dalam tempoh dua jam.

Katanya, setiap menjelang 1 Ramadan permintaan daging lembu tempatan akan meningkat berbanding hari-hari biasa.

“Daging lembu tempatan sememangnya menjadi kegemaran orang Kelantan setiap kali bulan puasa termasuk untuk hari raya nanti. Harga daging yang dijual pula antara RM33 hingga RM34 sekilogram bergantung kepada jenis,” ujarnya.

Haraf Rashid, 21, pula berkata, untuk bulan puasa sahaja dia akan menyembelih antara tujuh hingga sembilan ekor lembu disebabkan oleh permintaan tinggi daripada orang ramai.

Katanya, hari biasa di luar bulan Ramadan dia akan menyembelih antara tiga hingga empat ekor sahaja.

“Daging lembu tempatan dijual RM33 kg manakala daging tulang RM28 kg. Kebanyakan pelanggan membeli daging untuk membuat serunding, selain pelanggan yang datang membeli setiap hari. Sehingga pukul 12 tengah hari tadi kira-kira 200 kg daging sudah dijual,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya