Negeri ditadbir BN pun ada masalah air-Mohd. Amar

Negeri ditadbir BN pun ada masalah air-Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah (kanan) ketika hadir merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Kali ke-64 di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Negeri yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) turut berdepan dengan masalah bekalan air bersih namun tidak dihebahkan sebagaimana yang berlaku di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, isu ini menjadi hangat disebabkan adanya Parti Amanah Negara (Amanah) dan BN yang selalu menggembar gemburkan isu ini.

“Selangor yang sebelum ini diperintah oleh BN turut berdepan masalah air namun jarang di ketengahkan.

“Terbaharu di Pahang sehingga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terpaksa membuat janji untuk selesai masalah air semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin. Raub dan Temerloh turut berdepan masalah air,” katanya selepas diminta menjawab kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkait dengan masalah air di negeri ini.

Terdahulu, Mohd. Amar yang merupakan Naib Presiden Pas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Kali ke-64, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Barisan Nasional (BN) tekad menyelesaikan isu bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak sekian lama dalam tempoh lima tahun sekiranya diberi mandat untuk menjadi kerajaan selepas PRN.

Mohd. Amar memberitahu, isu air perlu betul-betul difahami kerana isu sebenarnya bukan berkaitan soal pemerintahan Pas sebaliknya sikap kerajaan pusat yang tidak berlaku adil.

Katanya, sesiapa pun boleh berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut namun semua pihak perlu mengetahui punca sebenar negeri ini berdepan masalah tersebut.

“Kerajaan negeri melihat isu masalah air yang membelenggu Kelantan sejak sekian lama kembali dimainkan oleh UMNO bertujuan meraih sokongan politik memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung tidak lama lagi. 

“Kita (kerajaan negeri) tidak pernah menafikan berlaku masalah air di negeri ini. Sebab itulah kita memohon peruntukan daripada kerajaan pusat. 

“Tiada negeri yang mampu menyelesaikan sendiri masalah air tanpa bantuan kerajaan pusat dan kerana itu juga diwujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006,” ujarnya.

Mohd. Amar berkata, sesiapa pun boleh berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut ketika hampir musim pilihan raya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya