Meninggal dunia selepas tebang pokok - Utusan Malaysia

Meninggal dunia selepas tebang pokok

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas selesai menebang pokok dalam kejadian di Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas menebang pokok dalam kejadian di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi.

Pada kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Shahdan, 56, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Perhubungan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) Kawasan Felda Sungai Kelamah, Azmi Mohd., ketika kejadian dia bersama empat anggota selesai melakukan penugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana di kawasan itu.

Kemudian dia dapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah berhampiran pokok yang baru sahaja ditebang.

“Kejadian itu disedari oleh anak perempuannya yang berusia sekitar 10 tahun apabila melihat bapanya tiba-tiba rebah selepas menebang pokok. Kanak-kanak itu segera memaklumkan kepada pemilik kedai berhampiran bagi melihat keadaan bapanya itu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa mempunyai rekod menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.

“Buat masa ini kes masih dalam siasatan dan kami masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN