Mengapa tanah risiko banjir tiba-tiba dipindah pemilikan syarikat? - MHO - Utusan Malaysia

Mengapa tanah risiko banjir tiba-tiba dipindah pemilikan syarikat? – MHO

HISHAMUDDIN bersama penduduk Kampung Koskan Tambahan, Rawang menuntut penjelasan wakil pejabat daerah berhubung status sebidang tanah dalam satu sidang media di perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor, Jalan Bukit Kerajaan, Pekan Kuala Kubu Bharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk Kampung Koskan Tambahan, Rawang mempersoalkan status sebidang tanah di Daerah Hulu Selangor yang secara tiba-tiba bertukar hak milik sedangkan lokasi didakwa berada di kawasan simpanan Sungai Serendah dan berisiko banjir.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, hal ini kerana permohonan penduduk kampung agar tanah itu dilupuskan secara pemberimilikan ditolak sebanyak dua kali dengan memberikan alasan sama.

Bagaimanapun katanya, pihak pejabat tanah kemudian memberikan alasan lain iaitu tanah itu berada dalam hak milik sebuah syarikat sekali gus menimbulkan persoalan berkenaan status tanah kerajaan berkenaan.

“Isu dan persoalan yang timbul pada ketika ini adalah mengapakan permohonan penduduk ditolak atas alasan kawasan itu berisiko banjir, akan tetapi tetapi pada masa sama, kawasan itu telah dipindah milik ke atas sebuah syarikat lain.

“Sekiranya benar kawasan tersebut tidak boleh dipindah milik kerana ancaman banjir, mengapa pada 2012 telah dilulus pindah miliknya ke atas syarikat tersebut,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hishamuddin berkata, pihaknya menuntut penjelasan lengkap mengenai penolakan permohonan pelupusan sebidang tanah secara pemberimilikan yang dikemukakan penduduk Kampung Koskan Tambahan.

Katanya, agak hairan permohonan sebanyak tiga kali oleh penduduk ditolak kerana alasan risiko banjir, sedangkan boleh ditukar milik kepada sebuah syarikat.

“Oleh demikian, kami memohon kerjasama pihak pejabat tanah untuk memberikan penjelasan dan ulasan lengkap berkenaan isu ini,” katanya.

Jelas Hishamuddin, pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor untuk penjelasan lanjut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya