Masjid Tunku Azizah Iskandar Bentong dirasmi - Utusan Malaysia

Masjid Tunku Azizah Iskandar Bentong dirasmi

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH Iskandariah (depan) berkenan menurunkan tandatangan pada plak perasmian Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Masjid Kampung Baru bernilai RM5 juta di daerah ini yang siap dan mula digunakan awal tahun 2020 kini dikenali dengan nama Masjid Tunku Azizah Iskandar.

Pertukaran nama masjid itu diperkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam majlis di pekarangan masjid itu, petang tadi.

Turut berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tunku Azizah Aminah Maimunah dalam titahnya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sudi menamakan masjid itu sempena nama Raja Permaisuri Agung digabungkan nama ayahanda baginda, Sultan Iskandar.

Baginda dalam pada itu turut berharap agar masjid berkenaan diimarahkan sebaik mungkin oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Tunku Azizah Aminah Maimunah turut berkenan menunaikan solat terawih di masjid itu selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk.

Terdahulu pada majlis sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun dalam ucapannya berkata, sebanyak 15 masjid dibina di Pahang sejak lima tahun lalu membabitkan peruntukan RM58.4 juta.

“Selain itu, sebanyak 16 lagi masjid dalam proses pembinaan dengan peruntukan RM47.1 juta dan 17 lagi akan dibina dengan peruntukan RM80 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya