Mangsa banjir terus bertambah, 33,149 orang di 217 PPS - Utusan Malaysia

Mangsa banjir terus bertambah, 33,149 orang di 217 PPS

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang membuat bancian mengenai kerugian dialami golongan petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini semakin membimbangkan apabila seramai 33,149 mangsa daripada 7,997 keluarga kini ditempatkan di 217 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah itu terus merekodkan peningkatan berbanding seramai 28,486 mangsa yang dipindahkan di 198 PPS setakat pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, kesemua 10 daerah terjejas akibat banjir disebabkan hujan berterusan dengan Segamat paling terjejas yang menempatkan seramai 12,186 mangsa.

“Ini diikuti daerah Kluang  dengan 5,174 mangsa, Batu Pahat (4,340), Kota Tinggi (3,689), Muar (2,829), Tangkak (1,999), Johor Bahru (1,216), Mersing (722), Kulai (630) dan Pontian (364),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini banjir telah mengorbankan tiga nyawa, iaitu K. Sarathkumar yang menetap di Kluang dan Lee Amo Yee serta Tan Sue Ke  di Segamat.

Sarathkumar dipercayai maut dalam kenderaan selepas kenderaan itu dihanyutkan arus deras ketika berada dalam perjalanan, manakala Amo Yee dan Sue Ke dilaporkan mati lemas.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan sebahagian besar negeri ini berada di bawah amaran hujan berterusan, manakala Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian pula dalam keadaan waspada.

“Sebanyak 13 sungai turut diletakkan bawah kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Gemas, Sungai Muar, Sungai Tangkak, Sungai Kesang, Sungai Bekok, Sungai Kahang dan Sungai Johor,” katanya.

Terdapat 10 laluan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Felda Kemelah, Jalan Felda Pemanis, Felda Medoi, Jalan Johor Bahru-Seremban, Jalan Senai-Gemas dan Jalan Muar-Tangkak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.