Mangsa banjir di PPS catat penurunan di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di PPS catat penurunan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 716 orang mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Tampin.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, empat buah PPS yang masih beroperasi tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, SK Londah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas dan Dewan Besar Gemas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol. (PA) Mohd. Nazri Mes Kam berkata, PPS SK Sungai Kelamah masih menempatkan jumlah mangsa teramai iaitu 518 orang terdiri daripada 133 buah keluarga.

“Daripada lapan buah PPS yang telah dibuka sejak 1 Mac lalu, empat telah pun ditutup dengan yang terbaharu iaitu PPS Balai Raya Pasir Besar yang ditutup pada pukul 8.12 pagi tadi,” katanya hari ini.

Sementara itu, kesemua PPS di daerah Jempol juga telah pun ditutup termasuk PPS SK Palong 7 yang ditutup pada pukul 9.06 pagi tadi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya