Lari selepas terbabit kemalangan maut, pemandu van direman empat hari - Utusan Malaysia

Lari selepas terbabit kemalangan maut, pemandu van direman empat hari

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki direman selama empat hari bermula hari ini selepas cuba melarikan diri setelah terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Perkampungan Palong 4,5,6, di sini, pagi semalam.

Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Jelebu, Norshazwani Ishak sehingga 12 Mac ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, lelaki berusia 46 tahun tersebut berjaya ditahan berhampiran Ladang Bahau selepas pasukan polis berjaya memintas van yang dipandu lelaki itu.

“Selepas kemalangan, pemandu van tersebut telah melarikan diri ke arah Palong 7,8. Setiba di simpang Palong 6,9, suspek telah berselisih dengan anggota Balai Polis Rompin yang ketika itu sedang membuat rondaan. 

“Atas hebahan maklumat, anggota polis tersebut telah mengejar kenderaan suspek dan mengarahkannya berhenti.

“Bagaimanapun, suspek enggan mematuhi arahan polis lalu terus memecut kenderaannya sehingga van suspek berjaya dipintas berhampiran Ladang Bahau dan anggota polis bertugas telah menjalankan tangkapan,” katanya hari ini.

Ujar Chang Hook, kes berkenaan telah disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, penunggang motosikal iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Pembonceng yang juga adik kepada penunggang motosikal itu yang berusia 44 tahun, mengalami kecederaan parah dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Jempol.

Ujar Chang Hook, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dinaiki dua lelaki yang bekerja sebagai pekebun dan sebuah van.

“Berdasarkan siasatan awal, motosikal berkenaan datang dari arah Perkampungan Palong 4,5,6 menghala ke rumahnya di Palong 2. S

“Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah van dari arah bertentangan telah masuk ke laluan motosikal secara mengejut tanpa memberi apa-apa isyarat lalu berlaku pelanggaran.

“Motosikal berkenaan terseret sejauh lebih kurang 200 meter manakala pembonceng telah tercampak ke bahu kanan jalan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya