PETALING JAYA: Tahap korupsi anggota penguat kuasa selaku barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan. Ini ekoran kebanjiran warga asing yang dilihat sebagai peluang besar terhadap segelintir penguat kuasa tidak berintegriti untuk membuat duit menerusi perbuatan rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, menerusi maklumat pendatang asing tanpa izin (PATI), pekerja warga asing dan pelajar luar negara menjadi sasaran kepada…