Kesihatan Ustaz Azhar semakin stabil - Utusan Malaysia

Kesihatan Ustaz Azhar semakin stabil

USTAZ AZHAR IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tahap kesihatan pencera­mah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Ustaz UAI sema­kin stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak Rabu lalu.

Menurut sumber, Us­taz Azhar yang dipercayai mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung masih dalam pemantauan doktor.

“Alhamdulillah kesihatan Ustaz Azhar semakin baik dan stabil. Ustaz Azhar juga boleh bercakap dan menerima kunjungan beberapa pe­la­wat di hospital itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Pe­nge­­rusi Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah ketika dihubungi memberitahu, dia berkesempatan menziara­h Ustaz Azhar semalam dan beliau dalam keadaan sihat.

“Perkembangan kesihatan Ustaz Azhar cukup baik dan dia semakin gagah (sihat).
“Insya-Allah Ustaz Azhar dijangka dapat keluar dari hospital esok sekiranya kesihatannya dilaporkan baik,” ujarnya.

Sebelum itu beberapa tokoh agama dan pemimpin politik menziarahi Ustaz Azhar termasuk tokoh agama Indonesia, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN