Kerajaan adakan siri jelajah ke luar negara perjelas isu Sulu

Kerajaan adakan siri jelajah ke luar negara perjelas isu Sulu

AHMAD Zahid Hamidi semasa berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Kakitangan Kemas Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kerajaan akan mengadakan siri jelajah ke beberapa buah negara bagi memberi penjelasan sebenar berkenaan isu tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan Sulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman akan mengetuai siri jelajah berkenaan sekaligus menepis dakwaan bahawa Malaysia telah melakukan kezaliman kepada mereka.

“Penjelasan berhubung isu tuntutan kumpulan Sulu ini perlu dilakukan kerana masyarakat dunia tidak mengetahui perkara sebenar dan mendakwa kononnya mereka ini adalah golongan pemisah.

“Perkara ini perlu diwar-warkan kerana mereka ini bukan sahaja dikategorikan sebagai penyeludup atau penceroboh malah mereka juga pengganas,” katanya pada sidang akhbar pada Program Ramah Mesra Bersama Kakitangan Kemas Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kumpulan tersebut kini sedang menjalani hukuman di penjara selepas melalui proses di mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan, Sekretariat Khas Sulu memaklumkan Malaysia sedang meneliti semua langkah sedia ada untuk menentang tuntutan kumpulan Sulu dalam usaha memelihara kedaulatan negara.

Kerajaan juga sedang membuat semakan lanjut untuk menentukan sekiranya mana-mana daripada lapan penuntut kumpulan tersebut mempunyai pertalian, hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Tentera Diraja Sulu (RSF) yang telah dihukum oleh Mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa hak dan tuntutan penuntut itu adalah tidak sah, terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri oleh rakyat Sabah melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya