Kepimpinan baharu Gastak tekad pulih Kelantan Warriors

Kepimpinan baharu Gastak tekad pulih Kelantan Warriors

ABDUL Fattah Mahmood (tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa selepas Mesyuarat Agung Gastak di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Saf kepimpinan baharu Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) tekad memulihkan semula imej Kelantan Warriors sebagai salah satu pasukan terkuat dalam arena sepak takraw negara.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan dengan ahli jawatankuasa untuk merangka langkah-langkah ke arah memperkasakan semula Kelantan Warriors di saingan Sepak Takraw League (STL).

“Sebenarnya Kelantan mempunyai ramai pemain sepak takraw berbakat dan diakui sendiri oleh Institut Sukan Negara (ISN) sendiri.

“Saya yakin dengan perancangan rapi Gastak, kita akan kembali melahirkan jaguh-jaguh sepak takraw kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gastak di sini hari ini.

Abdul Fattah memberitahu, beliau meneruskan usaha baik yang telah dilakukan oleh kepimpinan lepas dengan melakukan penambahbaikan.

Katanya, pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat telah dilakukan untuk melonjakkan semula sukan sepak takraw di negeri ini.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya