Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dalam lubang kumbahan

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dalam lubang kumbahan

NUR Ain Nabihah Mohd. Zamri (kiri) menunjukkan gambar anaknya Muhammad Azim yang maut terjatuh ke dalam lubang kumbahan semasa ditemui pemberita di rumahnya di Lorong Pondok Haji Muhammad, Selisig, Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut setelah terjatuh ke dalam lubang kumbahan dalam kejadian di Kok Lanas, Kota Bharu, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa Muhammad Azim Abdul Rahim yang merupakan anak tiri kepada Mohd. Khairi Jauhari Mohd. Yusuf, 36, ditemukan oleh bapa saudaranya di lubang kumbahan sedalam 0.4 meter semasa turun untuk mencari.

Ibu kanak-kanak berkenaan Nur Ain Nabihah Mohd. Zamri, 24, berkata, kejadian itu disedari oleh dia dan suami selepas melihat kelibat Muhammad Azim tidak berada berhampiran mereka.

“Semasa kejadian saya dan suami  ada di kedai roti canai milik mereka yang terletak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja menyedari kehilangan Muhammad Azim, saya dan suami telah mencarinya di sekitar kedai namun tidak berjumpa, sehinggalah tergerak hati untuk memeriksa kawasan kumbahan.

“Melihat keadaan lumut di kawasan itu sudah tiada, suami telah meminta adiknya untuk turun ke dalam lubang kumbahan itu bagi mencari Muhammad Azim,” katanya ketika ditemui pemberita di Lorong Pondok Haji Muhammad, Selising di sini hari ini.

Nur Ain Nabihah memberitahu, sejurus ditemukan keadaan Muhammad Azim berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Kok Lanas untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, selang 15 minit kemudian Muhammad Azim disahkan telah meninggal dunia dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Jawa di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya