Jumlah mangsa banjir Johor berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir Johor berkurangan

PARAS air di Sungai Segamat menunjukkan penurunan, namun penduduk masih diminta berjaga-jaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih mendiami pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan menjadi 42,638 mangsa daripada 12,049 keluarga, setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit penurunan berbanding seramai 42,770 mangsa yang menghuni 155 PPS pada  pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, empat daerah masih terjejas dengan Batu Pahat kekal menjadi daerah paling terjejas dengan seramai 39,380 mangsa.

“Ini diikuti daerah Muar  dengan 1,457 mangsa, Tangkak (949) dan Segamat (362). Enam daerah lain yang sebelum ini turut terjejas telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jumlah mangsa yang maut kekal lima orang sejak banjir melanda negeri ini bermula 1 Mac lalu.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Lima sungai di dua daerah masih diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, iaitu Sungai Muar, Sungai Bekok, Sungai Simpang Kiri dan Sungai Senggarang.

Sebanyak 17 laluan dan susur di seluruh negeri ini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Paloh, Jalan Parit Jambi, Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Besar, Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Muar-Labis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya