Johor isytihar cuti jika awal Ramadan bermula 23 Mac - Utusan Malaysia

Johor isytihar cuti jika awal Ramadan bermula 23 Mac

Azmi Rohani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac ini (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya awal Ramadan pada Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, ini kerana berlaku pertindihan Hari Kelepasan Am pada tarikh 23 Mac ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri bersetuju membuat gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am yang berlaku serentak itu pada 26 Mac ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac adalah Hari Kelepasan Am bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

“Dan sekiranya awal Ramadan yang merupakan Hari Kelepasan Am bagi negeri Johor jatuh pada tarikh yang sama, kerajaan negeri Johor telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, penyelarasan tersebut selari dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya