Johor cadang beri gajet kepada pelajar terjejas banjir - Utusan Malaysia

Johor cadang beri gajet kepada pelajar terjejas banjir

NORLIZA NOH melawat sebuah sekolah di Iskandar Puteri bagi melihat sesi persekolahan 2023/2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bercadang memberi bantuan gajet kepada pelajar terjejas banjir bagi membolehkan mereka mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh berkata, ini kerana beberapa kawasan di Batu Pahat yang masih terjejas banjir dijangka akan berterusan sehingga dua bulan lagi.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan memastikan pelajar yang terkesan mempunyai peranti elektronik bagi mengikuti PdPR dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

“JPN sedang mendapatkan data terkini murid dan pelajar terjejas banjir yang perlu mengikuti PdPR, namun tiada peranti elektronik bagi tujuan itu.

“Kita akan kenal pasti berapa jumlah pelajar yang tiada peranti untuk ikuti PdPR dan akan salurkan bantuan bagi ringankan beban keluarga mangsa banjir terbebas,” katanya ditemui, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norliza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama berkata, pelajar di negeri ini yang masih terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah bagi tempoh sehingga dua bulan.

Kelonggaran itu diberikan bagi meringankan beban keluarga yang terkesan supaya tidak terburu-terburu membeli pakaian seragam anak yang baharu.

“Oleh itu, pelajar di kawasan terjejas banjir di negeri ini diberi kelonggaran dan dibenarkan tidak memakai seragam sehingga dua bulan lagi,” katanya.

Minggu lalu, pelajar terjejas banjir di beberapa negeri termasuk yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) diberi kelonggaran untuk hadir ke sekolah tanpa memakai pakaian seragam.

Lima sekolah di Johor dilaporkan masih tidak dapat beroperasi pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 kerana masih terjejas banjir, iaitu tiga sekolah di Batu Pahat dan dua di Segamat.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) juga diarahkan untuk mengemas kini data pelajar terjejas banjir supaya bantuan bersesuaian dapat disalurkan dengan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya