Jalan dinaiki air, Bomba Labis minta bantuan Yong Peng selamatkan mangsa di Chaah - Utusan Malaysia

Jalan dinaiki air, Bomba Labis minta bantuan Yong Peng selamatkan mangsa di Chaah

ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir seawal pukul 4 pagi di sekitar Labis, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Operasi menyelamat mangsa banjir oleh anggota Bomba dan Penyelamat Labis di kawasan Chaah, di sini sedikit ‘terjejas’ apabila laluan ke lokasi tersebut terputus akibat dinaiki air.

Namun, operasi tersebut segera diambil alih oleh pasukan dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Yong Peng dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Chaah.

Menurut Ketua Balai Bomba Labis, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Hafifie Md. Sarif, pihaknya kini memberikan tumpuan di kawasan sekitar Labis dengan dua pasukan dengan kekuatan 15 anggota telah digerakkan ke lokasi terjejas. 

“Kita terpaksa akur dengan kejadian alam dan dengan sokongan daripada BBP Yong Peng dan PBS Chaah, misi menyelamat di kawasan Chaah masih berjalan lancar. Hujan lebat telah menyebabkan banyak kawasan dinaiki air dan jumlah mangsa yang terperangkap terus meningkat. 

“Kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas banjir masih dijalankan. Bagi kawasan Kampung Tenang, Pekan Air Panas dan Kampung Juaseh telah terputus hubungan kerana jalan raya dinaiki air. Paras air dengan kedalaman satu meter di hadapan Sekolah Menengah Kamarul Ariffin dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Hafifie memberitahu, antara aset yang digunakan adalah jentera Scania J1-30, ambulans J2-18, lori tiga tan, Toyota Hilux, kereta Perodua Kembara dan bot.

Beliau yang mengetuai Pasukan A bersama-sama lapan anggota membuat kerja kerja operasi dan rondaan di kawasan Kampung Tenang, Pekan Air Panas, Kampung Juaseh dan kawasan sekitarnya.

Pasukan B pula diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hairishah Wahid bersama-sama lapan anggota membuat kerja operasi dan rondaan di kawasan Sungai Gatom dan sekitar perumahan, Kampung Paya Merah dan kawasan bandar.

Seawal pukul 4 pagi tadi, seramai 746 mangsa daripada 209 keluarga telah dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Labis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya