Imam dipukul lelaki kurang siuman ketika solat Subuh di Kuantan - Utusan Malaysia

Imam dipukul lelaki kurang siuman ketika solat Subuh di Kuantan

TANGKAP layar seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak memukul imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tular video tentang kejadian seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 ketika sedang menunaikan solat Subuh di sini hari ini.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang lalu menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian berkenaan yang dianggarkan berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan sekitar pukul 6.18 pagi.

Katanya, menurut kronologi kejadian, imam jemputan yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Thurath Kuantan, Ilhan Muhammad Irham sedang memimpin solat subuh di masjid itu pada pukul 6.11 pagi.

“Sekitar pukul 6.18 pagi, semasa solat Subuh rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shutter’ masjid di laluan berhadapan bank CIMB.

“Lebih kurang satu minit selepas itu, sedang imam masih membaca surah dalam solat, seorang lelaki kurang siuman bertindak menolak jemaah belakang dan menuju ke imam dengan serta merta memukul imam dengan selipar ditangannya.

“Imam terbabit mengelakkan diri daripada serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Zahari berkata, susulan itu, jemaah bertindak menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya