Empat beradik maut terbakar ketika Ibu mangsa keluar beli bekalan berbuka

Empat beradik maut dalam kebakaran ketika ibu keluar ke kedai, bapa bekerja

IBU dan bapa mangsa sugul sewaktu menantikan proses bedah siasat keempat-empat anak mereka yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Luluh hati seorang ibu yang meninggalkan kesemua anaknya di kediaman untuk keluar membeli kelengkapan berbuka puasa apabila empat beradik itu ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran, malam tadi

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.49 malam, mangsa berusia antara tiga hingga lapan tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan itu maut selepas kediaman mereka di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, di sini terbakar.

Empat beradik berkenaan ialah Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd. Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan dalam bilik air di bahagian dapur.

Ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun keluar sebentar untuk ke kedai, manakala bapanya yang berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran di bandar ini.

“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci. Kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat dijumpai di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ibu mangsa yang baru keluar selama 10 minit mengetahui tentang kebakaran itu selepas dihubungi jiran.

“Kebakaran yang bermula dari bahagian dapur dipercayai akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. 

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.

Terdahulu, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal berkenaan.

Raiz Mukhliz berkata, pihaknya mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang memusnahkan sehingga 80 peratus kediaman itu.

“Setelah api padam sepenuhnya pihak bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan dua kanak-kanak perempuan dua kanak-kanak lelaki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya